SUMBANGAN BUKU AGAMA/ILMIAH UNTUK PERPUSTAKAAN MASJID ABIDIN
Perpustakaan Masjid Abidin sedang dalam proses untuk mengemaskinikan koleksi bahan bacaan yang ada di dalam perpustakaan. Oleh yang demikian pihak pengurusan Perpustakaan Masjid Abidin ingin memohon sumbangan buku-buku agama dan ilmiah terpakai/baru yang sesuai untuk bahan bacaan umum. Individu yang berminat untuk membuat sumbangan bolehlah berhubung dengan Ustaz Wan Mohd Hazim (Imam Masjid) melalui no telefon 014-8098354. Dengan adanya sumbangan diharapkan agar Perpustakaan Masjid Abidin menjadi satu tempat rujukan dan pembacaan untuk jemaah masjidb dan masyarakat umum. '
MEMBACA DAPAT MEREALISASIKAN IMPIAN UNTUK MENJANA INSAN YANG TERBILANG '

|