Laman Utama
Program
Kemudahan
 
Muat Turun
Media
Hubungi Kami
Perutusan Imam Besar
Organisasi
Moto, Visi, Misi & Objektif
Piagam Pelanggan
Sejarah dan Latar Belakang

                

Perutusan Imam Besar

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Setinggi syukur dan pujia ke hadrat Ilahi Yang Maha Kuasa, Tuhan Semesta Alam, Tuhan yang tiada tandingan dalam kekuasaanNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, pada sekalian keluarganya, para sahabat, dan kepada mereka yang mengikut petunjuknya hingga ke hari akhirat.

 

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.A.W kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, hasrat Ahli Jawatankuasa Masjid Abidin, Kuala Terengganu (Masjid Negeri) untuk membangunkan halaman web rasmi masjid ini telah berjaya dilaksanakan. Maka dengan ini, ianya dapat membantu masjid dari segi pentadbiran yang lebih cepat dan efisien untuk penyaluran maklumat secara global. Pihak masjid juga dapat menyebar dan berkongsi informasi secara dua hala di antara pihak masjid dan umat Islam (khususnya pada ahli-ahli kariah) tanpa sempadan benua dan masa. Demi masa, umat Islam perlulah mengambil kesempatan ini untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan ini sebagai medan
tarbiyyah samada untuk mempelajari atau mengajar pada pihak yang memerlukan tanpa had dengan keadaan selesa, mudah, murah dan tanpa terburu-buru.

 

Insya-Allah, halaman web ini akan menjadi media alternatif bagi umat Islam memperolehi maklumat yang  berguna dan akan dibangunkan secara teratur, berterusan dan berperingkat-peringkat. Kewujudan halaman web ini akan menjadi satu pemangkin anjakan paradigma ke arah mewujudkan umat Islam yang bertamadun dan berpengetahuan luas. Dengan hanya satu klik sahaja insya-Allah semua maklumat  yang berkaitan ilmu pengetahuan agama Islam boleh sampai ke setiap penjuru rumah seluruh dunia tanpa batas khususnya pada ahli-ahli kariah dan juga masyarakat setempat.

 

Oleh kerana pembangunan halaman web ini masih di peringkat awal, adalah tidak dapat  dinafikan akan terdapat beberapa kelemahan dan kesilapan yang tidak disengajakan. Oleh itu, jika ada pelawat  halaman web ini telah mengenalpasti sebarang kesilapan, harap dapatlah dia menghubungi pihak masjid dengan kadar yang segera supaya ianya dapat diperbetulkan demi kepentingan semua pihak.

 

Saya ingin  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli kariah, masyarakat setempat yang telah memberi sumbangan ikhlas untuk menjayakan program ini dan juga pada mereka yang tidak putus-putus memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit untuk menjalankan aktiviti-aktiviti masjid selama ini. Hanya pada Allah S.A.W sahaja saya memohon semoga diberikan balasan yang setimpal seperti mana yang telah dijanjikan-Nya.

 

Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T, segala yang lemah dan kurang itu adalah daripada kita hamba-Nya.

 

Jazakumullah khairan kathira.

Wassallam.

 

Tuan Haji Aizi Saidi Bin Abdul Aziz

(Imam Besar Terengganu)

 

 

 


   
Laman Utama Program Kemudahan Muat Turun Media Hubungi Kami
(c) 2013 Hakcipta Terpelihara.