|
Sejarah dan Latar Belakang Masjid
Abidin
Masjid ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II
(juga dikenali sebagai Marhum Masjid) di antara tahun 1793 - 1808. Asal
usul pembinaan adalah daripada kayu namun pada masa pemerintahan Al-Marhum
Sultan Umar (dikenali Marhum Baginda), kira-kira pada tahun 1852, bangunan
masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu.
Sekali lagi masjid ini melalui pengubahsuaian pada tahun
1981 pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masjid ini
diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Selain
daripada pembaikan ini, tiang-tiang batu bulat turut
dibina dan tiga buah menara dinaikkan.
Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa
pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada
tahun 1972, ianya diperbesarkan demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah.
Turut didirikan sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah kubah di
atas sutoh bangunan Masjid Abidin. Keistimewaan
masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan
larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid. Selain daripada itu,
terdapat juga sebuah mimbar berukiran yang unik di dalam masjid ini. Pada
awal pembinaan masjid ini, tiang seri atau tiang di tengah-tengah masjid
masih belum dibina. Juga terdapat hanya sebuah kubah yang dibuat
berasingan daipada kayu dan beratap kayu berlian, serta mempunyai 6 buah
kolah sahaja. Di dalam pemerintahan almarhum Sultan Zainal Abidin III,
barulah binaan masjid ynag lama itu dibesarkan seperti keadaan sekarang.
Sebelum tiang dibahagian tengah masjid ditambah, hanya terdapat dinding tembok diperbuat
daripada simen, didirikan sutoh dan tiga menara sahaja. Pada
tahun 1881, Sultan Ahmad II ibni Yang Dipertua Muda Tengku Mahmud telah
membangunkan kubah masjid ini bagi menggantikan kubah lama yang telah
dibina pada masa pemrintahan Sultan Umar. Satu istiadat telah diadakan
sempena upacara tersebut pada jam 7.00 pagi, Sabtu 1hb Jamadil Akhir 1298H
(1881M). 16 das tembakan meriam menandakan rasminya penggunaan kubah baru
di masjid ini. |