Alam Ghaib:

Beberapa perkara pelik biasa dilihat berlaku pada orang perseorangan seperti berikut:

- histeria
- tidak boleh tidur malam.
- anak hilang dari dalam kandungan.
- menjadi bomoh pada usia yang kecil (masih mentah, belum mumaiyiz atau baligh).
- Hilang akal ketika dirasuk.
- Gila isim.
- Suka marah (mudah naik angin).
- Menurun ketika berubat. Sesetengah kes perlu ada penterjemah kerana bomoh cakap siam atau jawa.
- Meminta air merah (darah).
- Kaki pendek sebelah.
- Wajah suami berupa beruk di malam pertama.
- Isteri terjelir lidah.
- Isteri mengilai.
- Tidak kenal diri sendiri.
- Cacat anggota .
- Tidak membesar walau sudah belasan tahun
- Keluarga angkat bunian.

 

Dalam ruangan ini juga anda berpeluang mempelajari berkenaan hal berikut:-

- Kenapa boleh histeria
- Bagaimana bomoh boleh tahu keadaan rumah anda.
- Tipu daya bomoh.
- Pemainan silap mata
- Pesta ancak
- Bidaah dalam masjlis perkahwinan dan sebagainya.

 

 

Kita biasa melihat atau menonton TV bahawa orang sibuk mencari langsuir atau 

pontianak padahal langsuir itu merupakan makhluk halus yang duduk pada mertabat yang 

rendah dan tinggal di dalam alam yang hina terdiri dari golongan jin, iblis dan syaitan 

laknatullah. Sepatutnya umat Islam sibuk mencari dan cuba mengenal Allah swt dari 

membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah itu. 

Hantu, langsuir dan lain-lain masih boleh dicapai dan dikenali dengan mudah hanya dengan pancaindera biasa. 

Alam ghaib yang dituntut hanyalah alam makrifattullah!. Jika kita kagum dengan kebesaran ciptaan

Allah swt juga hakikatnya adalah jauh tersasar dari mengenal Allah swt, inikan pula sekadar sibuk 

untuk mengenal hantu, bunian atau langsuir yang disangka misteri padahal 

tidak ada nilai dan hina di sisi Allah swt!

Waullahu`alam..

 

 Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah terus menghubungi penulis ruangan ini. 

Ruangan ini ditulis dan dikendalikan sendiri oleh Konsultan Web Masjid Abidin.