Alam Misteri

Dalam  ruangan ini anda  akan diberikan beberapa contoh 
berkaitan  dengan perkara-perkara ghaib atau misteri yang  
biasa berlaku dalam kehidupan kita seharian. Ada perkara  
yang dianggap keramat, ada  perkara yang dianggap sihir, 
ada perkara yang dianggap silap mata dan sebagainya. Oleh 
itu, dalam ruangan ini beberapa perkara akan dijelaskan 
untuk sama-sama kita berfikir, merenung dan berbincang.

Pengetahuan tentang perkara ghaib bukanlah sesuatu yang 
dapat dicapai oleh pancaindera manusia biasa. Oleh itu, 
perlulah berwaspada ketika mengalaminya atau mempelajarinya. 
Untuk memahami alam ghaib ini memerlukan guru, tanpa guru 
bermakna mereka yang sedang mempelajarinya sebenarnya hanya 
berguru dengan syaitan laknatullah dan akan terus disesatkan.