Unit  ICT Masjid Abidin Kuala Terengganu.

Sebagai menyambut perkembangan dunia IT, pihak Jawatankuasa Masjid Abidin telah menubuhkan satu unit khas yang dipanggil unit ICT. Unit ini dikendalikan oleh beberapa orang yang pakar dan berpengalaman dalam bidang IT dalam segala aspek yang biasa diperlukan oleh pengguna-pengguna IT.

Tujuan unit ICT ini ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan berkaitan ITkepada sesiapa sahaja ahli-ahli kariah atau masyarakat setempat. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

A. Penyelenggaraan Sistem Rangkaian Setempat dan  Bersepadu ( LAN & WAN).
B. Servis dan baikpulih komputer.
C. Pembekalan komputer peribadi (laptop & desktop).
D. Pembangunan sistem secara kustom (menurut kehendak pelanggan).
E. Pembangunan halaman web termasuk pendaftaran, penyediaan sistem pelayar (server), rekabentuk grafik dan sebagainya.
F. Sistem Pemasaran berasaskan IT dan sebagainya.
G. Penerbitan.
H. Video Production - Perfileman.

Oleh itu, jika ada sesiapa ahli-ahli kariah yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini sila hubungi pihak Jawatankuasa Masjid Abidin untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Pihak Masjid Abidin akan mengenakan caj (yang berpatutan) seperti mana amalan syarikat lain yang menyediakan perkhidmatan ini. Mungkin pengguna-pengguna komputer boleh menjadikan servis yang disediakan oleh masjid ini sebagai alternatif  jika gagal atau tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak lain. Insya`allah, dengan kerjasama tenaga kerja yang terpilih dan berkemahiran tinggi, pihak masjid akan cuba memberikan servis yang terbaik dan memuaskan pada semua pengguna. Pengguna juga boleh membuat 'rescue call' jika berhadapan dengan keadaan kritikal atau urgent jika komputer rosak yang perlu dibaik segera.

Matlamat unit ini ditubuhkan adalah sebagai usaha pihak masjid untuk memperolehi dana sendiri untuk menampung kos  pengendalian pelbagai aktiviti-aktivi yang sedang dan akan dijalankan sepanjang tahun serta kos-kos diluar jangkaan.

 

IKLAN di halaman web Masjid Abidin.

Pihak masjid Abidin menyediakan lokasi paparan iklan dihalaman web untuk ditaja oleh pengguna-pengguna untuk mempamirkan perhidmatan mereka. Paparan iklan yang disediakan mempunyai lima kategori iaitu:

Bil Jenis Kategori Caj Setahun(RM)
.
a. Banner utama iaitu sebagai penaja utama pembagunan laman web ini. Banner ini akan ditempatkan di muka surat utama dan akan di'link'kan terus kepada laman web pelanggan (jika ada). Hanya seorang pelanggan sahaja yang diperlukan untuk memaparkan iklan di bahagian ini. 12,000  
.
b. Logo Butang (button logo) , iaitu sebagai penaja bersama. Logo pelanggan akan direka (jika belum ada) dan akan dilinkkan terus pada laman web pelanggan (jika ada).  Ianya akan dipaparkan dihalaman web muka utama. Tiada had penyertaan. 1500  
.
c. Tiga Frame + 6 laman web + logo + grafik. Tiada had penyertaan.
Contoh URL adalah
www.ui-community.com
500  
.
d. Dua frame + 5 gabungan halaman web. Tiada had penyertaan.
Contoh URL  adalah
www.ui-community.com
300  
.
e. Asas laman web 1 muka surat. Tiada had penyertaan.
Contoh URL  adalah
www.ui-community.com/anugerah
50  
     

Semua penaja akan disenaraikan di dalam pangkalan data (database) Masjid Abidin di bahagian penyumbang dana. Data ini dikekalkan sampai bila-bila walaupun pada tahun berikutnya pihak penaja tidak lagi berminat menaja melalui pembangunan laman web ini.

Pihak Jawatankuasa Masjid Abidin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua penaja yang sama-sama membantu pihak masjid mengumpulkan dana bagi keperluan umat Islam keseluruhannya.

Borang penajaan:-

Sila klik di bawah ini untuk mendapatkan borang penajaan mengikut kategori.

Kategori A  -   Kategori B  -  Kategori C  -  Kategori D Kategori  E  -

Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama: AJK Masjid Abidin (Akaun Induk).